Ini adalah Dasar Privasi bagi PetAir dan tujuan dasar ini adalah untuk memaklumkan bagaimana PetAir mengendalikan, mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan Data Privasi anda
mengikut undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP 2010”).
Dengan menghantar maklumat kepada kami, anda bersetuju dan membenarkan PetAir serta
pembekal perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi pihak anda
mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda mengikut cara yang
ditetapkan dalam dasar ini.
“Data Peribadi”termasuk maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang mana mengenal
pasti atau mengesan individu atau berupaya untuk berbuat demikian.
PENGENALAN KEPADA APDP 2010
• PetAir hanya akan mengumpulkan data peribadi yang anda berikan kepada kami mengikut
undang-undang di bawah APDP 2010. Kami dengan segala usaha memaklumkan anda
mengenai tujuan data peribadi anda yang dikumpulkan, digunakan, didedahkan dan/atau
diproses serta mendapatkan kebenaran anda bagi tujuan pengumpulan, penggunaan,
pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan yang dimaksudkan
kecuali jika terdapat pengecualian di mana undang-undang membenarkan kami mengumpul
dan memproses data peribadi anda tanpa kebenaran anda.
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
• Selain data peribadi yang diberikan kepada kami, kami juga boleh mengumpul data peribadi
anda melalui pelbagai pelbagai sumber seperti:
1. Sumber maklumat awam dan/atau pihak ketiga;
2. Apabila anda menyerahkan borang untuk mendaftar surat berita kami atau
permohonan keahlian;
3. Apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan pelanggan kami dan/atau wakil
pemasaran kami (contoh: melalui telefon, surat, mesyuarat secara fizikal, e-mel, pos
dan mesej di halaman media sosial kami dan lain-lain);
4. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami seperti laman web dan aplikasi-
aplikasi termasuk pendaftaran akaun dalam talian kami;
5. Apabila anda bertindak balas kepada promosi, inisiatif kami atau mengemukakan
sebarang permintaan tambahan Data Peribadi;
6. Apabila kami menerima rujukan-rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak
ketiga seperti di mana anda telah dirujuk oleh mereka;
7. Apabila anda mengemukakan Data Peribadi kepada kami bagi tujuan membeli produk
kami atau menyerahkan testimoni produk atau sebarang tujuan lain;
8. Apabila anda mengemukakan permohonan pekerjaan kepada PetAir dengan
menyerahkan resume anda atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk
rujukan perkerjaan; dan/atau
9. Apabila anda akses laman web kami, walaupun anda biasanya dikenali tanpa nama tetapi sila rujuk Klausa “Cookies” di bawah.
• Sekiranya anda memberikan kami Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (seperti
maklumat pasangan, anak, ibu bapa dan/atau pekerja), dengan menyerahkan maklumat
kepada kami, anda mewakili kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan pihak
ketiga untuk mengemukakan Data Peribadi kepada kami mengikut syarat-syarat Dasar ini.
• Anda memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah
lengkap, tepat, benar dan betul pada tarikh penyerahan. Kegagalan untuk berbuat demikian
akan mengakibatkan ketidakupayaan kami untuk memberikan Produk dan/atau
Perkhidmatan mengikut permintaan anda.
TUJUAN-TUJUAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI
• Data Peribadi yang kami terima daripada anda akan dikumpulkan, digunakan, didedahkan
dan/atau diproseskan untuk tujuan-tujuan yang berikut tetapi tidak terhad kepada:
1. Berkomunikasi dengan anda mengenai pertanyaan anda, dan/atau menghantar
maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi berkenaan dengan produk dan/atau
perkhidmatan kami yang sedia ada, rakan kongsi dan pihak ketiga yang bekerjasama
dengan kami;
2. Urusan-urusan pentadbiran dan/atau keahlian berkenaan dengan pendaftaran akaun
baharu, pembayaran atau bayaran balik;
3. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan, dasar dan arahan yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan; dan
4. Apa-apa tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda semasa memperolehi
kebenaran anda.
• Sekiranya anda memohon pekerjaan atau sebarang pelantikan lain dengan PetAir, tujuan-
tujuan PetAir mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi termasuk:
1. Memproses dan menilai permohonan anda;
2. Melaksanakan pemeriksaan latar belakang dan mengesahkan kelayakan-kelayakan
anda; dan
3. Tujuan lain yang berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.
• Sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan, PetAir
boleh mengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi anda untuk perkara tambahan
seperti berikut:
1. Perkhidmatan analitis dan penjejakan;
2. Mengendalikan tinjauan pasaran dan penyelidikan-penyelidikan untuk kami
memahami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan PetAir;
3. Memberikan perkhidmatan tambahan untuk memanfaatkan anda, termasuk promosi-
promosi, program kesetiaan dan ganjaran di PetAir;
4. Mentadbirkan pertandingan, persaingan dan kempen-kempen pemasaran serta
memperibadikan pengalaman anda di PetAir;
5. Memperkenalkan iklan-iklan mengenai produk-produk PetAir, tawaran istimewa,
ganjaran, sama ada kepada pelanggan kami secara amnya atau yang kami telah kenal
pasti yang mungkin menarik minat anda;
6. Menganjurkan promosi-promosi dan projek-projek sosial korporat; dan
7. Tujuan-tujuan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan atau tujuan yang
berkaitan dengan perkara-perkara tersebut di atas.
MENDEDAHKAN DATA PERIBADI
• PetAir boleh mendedahkan data peribadi, selaras dengan undang-undang dan peraturan-
peraturan untuk pihak-pihak berikut:
1. Ejen atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan
operasi atau pentadbiran seperti perkhidmatan kurier, telekomunikasi, maklumat
teknologi, pembayaran, penyimpanan dan/atau lain-lain yang berkaitan;
2. Agensi pengiklanan, agensi pemasaran atau pihak-pihak ketiga yang memberikan
perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan kepada PetAir;
3. Kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk agensi penguatkuasaan
undang-undang sama ada tempatan atau luar negara;
4. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, rakan kongsi perniagaan luar yang
berhubung dengan acara promosi PetAir; dan
5. Kepada mana-mana pihak lain yang anda beri kuasa kepada kami untuk mendedahkan
data peribadi anda kepadanya.
PENGGUNAAN “COOKIES”
• PetAir menggunakan “cookies” di laman webnya bagi tujuan berikut:
1. Mengizinkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi tertentu di laman web kami, seperti mengingati
data-data anda, menyemak imbas dan perkhidmatan lain-lain;
2. Membina profil anda dan pengguna-pengguna yang memakai laman web kami;
3. Menambah baik kecekapan laman web kami;
4. Mentadbirkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda dan pihak pengiklan; dan
5. Memperolehi statistic-statistik penggunaan.
• Iklan-iklan di laman web PetAir mungkin disediakan oleh pihak ketiga dan agensi-agensi
berkaitan. PetAir tidak mengawal pihak-pihak ketiga dan dasar-dasar cookies mereka,
sekiranya anda mendapati sebarang pertanyaan mengenai dasar-dasar cookies mereka, sila
hubungi PetAir dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda dengan
memberikan maklumat-maklumat agensi pengiklanan pihak ketiga tersebut.
• PetAir tidak bertanggungjawab untuk dasar-dasar Data Peribadi (termasuk perlindungan
Data Peribadi dan cookies), kandungan atau keselamatan mana-mana laman web pihak
ketiga yang dipautkan ke laman web PetAir.
PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN KEPADA DATA PERIBADI
• Sila maklumkan kepada kami di cs@petair.my sekiranya anda ingin membatalkan atau
menarik balik persetujuan anda daripada penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang ditetapkan di atas.
• Sila ambil perhatian bahawa sejurus kami menerima pengesahan anda untuk membatalkan
atau menarik balik persetujuan anda daripada penggunaan dan pemprosesan data peribadi
anda, kami mungkin mengambil masa sebanyak tiga puluh (30) hari untuk melaksanakan
permintaan anda dan mengemaskini data anda di dalam sistem kami. Oleh itu, anda akan
masih menerima pemasaran atau bahan promosi-promosi/komunikasi dalam tempoh masa
ini. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda untuk
penerimaan pemasaran atau bahan promosi melalui mod tertentu, kami mungkin akan
menghubungi anda untuk perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Produk dan
Perkhidmatan yang anda pegang atau telah melanggan dengan PetAir.
PERTANYAAN
• Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi
kami di cs@petair.my dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.
Dikemaskini pada 8 Mac 2023.